Pengenalan #1 - FREE PIZZA SERVER !!


Anda boleh baca sejarah ringkas tentang bagaimana saya tahu Minetest di sini.

Pada 17 November 2016 lebih kurang 5 pagi, memandangkan saya ada internet telefon yang baru yang lebih murah dan isyarat lebih kuat, saya cuba untuk main Minetest dalam pemain campuran (multiplayer) untuk kali pertama, dan pelayan (server) pertama yang saya masuk adalah FREE PIZZA SERVER!! (Pelayan Piza Percuma!!). Di sini, saya akan menulis beberapa maklumat umum dan maklumat tambahan secara sedikit tentang pelayan ini.

Kenapa yang ini dulu?
Saya masuk situ dulu disebabkan namanya... Piza sangat mahal dalam dunia nyata dan hanya dimakan untuk waktu tertentu, mungkin dalam sekali setiap dua bulan melainkan orang kaya yang mampu untuk makan setiap hari, jadi saya musykil apa yang terjadi kalau piza itu percuma walaupun ianya cuma permainan, jadi saya pun masuklah untuk melihat sekeliling dalam pelayan tersebut.

Info segera (disunting semula pada April 2017)
FREE PIZZA SERVER !! ada pengenalan ringkas dalam bahasa Inggeris dekat laman web pemiliknya di sini. Pada asasnya, pelayan ini menggunakan semula pelayan lama yang telah diberhentikan bernama FREE PIZZA SERVER (tanpa tanda seru) dengan dunia yang baru dan mods yang dikemaskini. Dunia lama masih ada melalui pelayan yang berbeza bernama Free PIZZA. Forumnya ada di sini dan forum untuk pelayan lama pula di sini.

Kawasan permulaan, dan papan peraturan
Papan notis lain tak jauh dari kawasan permulaan
Wah... banyaknya mods yang dipasangkan! xD
Mungkin saya patut tonton saluran itu nanti...
Kawasan permulaan (spawn) sangatlah ketinggalan (lag), tapi saya rasa benda tu perkara biasa sebab saya main pakai telefon dan bukannya tablet atau komputer. Saya pergi melombong bahan-bahan sebab saya nak bina rumah, tapi saya tak jumpa kawasan lapang untuk bina rumah dan keluar dari pelayan ini setelah beberapa jam mencari kawasan lapang. Tetapi, pizanya sangat sedap. :D

Comments