Pengenalan #2 - Liberty Land

<< Sebelumnya: FREE PIZZA SERVER !!

Anda boleh baca sejarah ringkas tentang bagaimana saya tahu Minetest di sini.

Pada 17 November 2016 lebih kurang 6 pagi, setelah sejam saya bermain di FREE PIZZA SERVER !! yang saya tulis sebelum ini, saya buat keputusan untuk pergi melihat pelayan-pelayan yang lain sebelum balik ke situ. Saya melihat di senarai pelayan dan buat keputusan untuk masuk ke Liberty Land (Tanah Kebebasan).

Kali ini apa yang menarik saya?
Kali ini, masih lagi sebab nama. Liberty Land mengingatkan saya kepada Liberty City jadi saya ingat mungkin ada elemen-elemen undang-undang dan juga pesalah di situ. Sebaik masuk, saya jumpa papan peraturan dan betullah, banyak peraturan di pelayan tersebut seperti dijangkakan.
Papan peraturan
Info ringkas
Liberty Land di rbose.org adalah kesinambungan kepada pelayan di ayntest.org. Petanya telah diimport daripada pelayan lama. Ramai pemain baru yang menyertai mereka dalam bulan-bulan yang telah berlalu. Pelbagai bangunan dan struktur yang indah telah dibina. Peta dunianya dihadkan kepada 4500 blok, yang mungkin dirasakan agak kecil, tetapi tiada had kedalaman. Forum untuk Liberty Land ada di sini, mereka juga ada menunjukkan peta dunia di sini dan video rasmi di sini.

Apa yang kena padam dalam gambar tu?
Salah satu peraturan mereka adalah untuk menutup sembang ketika memfilemkan, namun saya tak pasti kalau saya patut menutupnya untuk menangkap gambar kerana peraturannya menulis tentang "memfilemkan" yang membawa maksud merakam video bergerak, bukannya menangkap gambar yang tak bergerak, tapi untuk selamat saya padamkan semua sembang dalam tangkapan skrin dari pelayan ini. Mereka pun patut tahu yang pemain yang bermain dengan telefon pintar tak boleh nak tutup sembang melainkan mereka menggunakan papan kekunci USB seperti saya dan tekan butang F2, sebab tak ada pilihan untuk tutup chat dalam togol atas skrin dalam Minetest untuk Android (tak pasti pula kalau iPad).

Banyak lagi gambar!
Ada papan tutorial untuk pemain baru!
Sambungan papan tutorial.
Bangunan yang saya terjumpa secara rambang.
Sistem kedai yang mereka gunakan dekat pelayan ini.
Di depan Lombong Pseudolikian sebab kita tak boleh tangkap gambar di dalamnya.
Selepas beberapa jam berjalan, saya masih tak jumpa tanah yang tidak bertuan jadi saya mengaku kalah dan balik ke FREE PIZZA SERVER !! untuk terus bermain di sana.

KEMASKINI 23 APRIL 2017: Saya dah balik ke pelayan ini, dan dengan bantuan Evilvy saya dapat tanah yang tidak bertuan dan menuntutnya. Evil juga ada bersama Evilvy pada waktu itu. Saya akan kemaskini lagi selepas saya siapkan rumah saya di sana.

Comments