Sejarah Ringkas


Ini adalah sejarah ringkas, bagaimana saya mengenali Minetest. Apakah itu Minetest? Kalau tak tahu maka baca yang ini dulu. Segalanya bermula selepas laptop saya rosak, anda boleh baca tentangnya di sini. Pada asasnya, saya mencari lebih banyak permainan telefon selepas saya tak boleh nak pakai laptop saya. Apabila saya tengok dekat Google Playstore, saya jumpa beberapa permainan yang serupa dengan permainan yang saya pernah main dekat laptop, salah satunya Multicraft, yang serupa dengan Minecraft yang saya pernah main pakai LAN. Ada juga Minecraft Pocket Edition tapi mahal sangat.
Multicraft
Saya memang tak ada akaun Minecraft account, saya cuma main dalam bilik. Ada kawan saya yang beli permainan penuh dan bagi salin dekat saya dan kawan lain, katanya undang-undang membenarkan salinan sebab kami cuma main melalui LAN dan tak pakai internet, yang kena bayar tu akaun online saja. Lagipun, dia tahu kami tak mampu nak beli akaun Minecraft yang sememangnya terlampau sangat mahalnya, dan sia-sia bila dah beli tapi kami tak boleh main online sebab internet sini teruk.

Pada 7 November 2016, saya main Multicraft untuk dua hari, kemudian saya fikir kalau-kalau permainan ini boleh di-mod sebab  Minecraft yang kami main pakai LAN pun boleh mod. Saya pun carilah folder Multicraft dalam simpanan dalaman dan terjumpa akhirnya. Apa yang hairannya, ada folder lain di dalamnya dan folder itu dinamakan "Minetest". Kemudian, saya rasa ini mesti sejenis enjin yang Multicraft pakai untuk permainannya, maka saya pun mencari Minetest yang sebenar. Akhirnya, saya jumpa laman web Minetest dan semua pautan muat turun termasuk untuk APK Android. Saya pun pasang Minetest yang original dari laman webnya dan mengucapkan selamat tinggal kepada Multicraft.

Pada 9 November 2016, saya mula bermain Minetest dalam mod pemain perseorangan (singleplayer) selama beberapa hari kerana internet tak elok, saya muat turun beberapa mods yang dirasakan bagus dan mula membina rumah idaman dalam permainan tersebut. Saya juga cuba untuk bina semula sistem kereta api (pedati/cart) dengan panjang beberapa ribu blok yang pernah dibina dalam Minecraft dekat LAN, tapi saya agak kecewa dengan mods Mesecon apabila isyarat hilang selepas beberapa ratus blok, namun ada banyak benda lain yang ada dalam Minetest tapi tiada dalam Minecraft yang membuatkan saya menjadi lebih sukakan Minetest. Ada yang akan tanya, bukankah Minecraft mempunyai had sebanyak 256 blok? Itu sebenarnya ketinggian & kedalaman sahaja, bukannya panjang & luasnya.
Minetest Pemain Perseorangan
Nampak macam kursor dekat poster dalam gambar tadi? Memang itu kursor tetikus! Saya telah perasan yang Minetest diterbitkan untuk menyokong platform yang berbagai, jadi saya rasa ia mungkin boleh mengesan papan kekunci dan tetikus seperti permainan OpenTTD yang turut diterbitkan untuk platform berbagai. Saya pun cucuk papan kekunci dan tetikus saya ke dalam slot Hab USB 6-lubang yang bersambung kepada telefon saya melalui OTG. Minetest mengesan papan kekunci saya dengan betul, semua kekunci bertindak balas seperti sepatutnya. Kunci F5 untuk info nyahpepijat, bagus! Tetapi, ia tidak mengesan tetikus saya secara terus, tetikus hanya bertindak seperti jari, tekan butang tetikus satu kali sama macam tekan skrin pakai jari satu kali, tekan butang dua-kali macam tekan skrin dua-kali, tekan butang lama-lama sama macam tekan skrin lama-lama. Butang kiri dan kanan dekat tetikus pakai fungsi yang sama saja.

Pada 17 November 2016 lebih kurang 5 pagi, memandangkan saya ada internet telefon yang baru yang lebih murah dan isyarat lebih kuat, saya cuba untuk main Minetest dalam pemain campuran (multiplayer) untuk kali pertama, dan pelayan (server) pertama yang saya masuk adalah FREE PIZZA SERVER!! (Pelayan Piza Percuma!!). Saya masuk situ sebab ... piza sangat mahal dalam dunia nyata, jadi saya musykil apa yang terjadi kalau piza itu percuma walaupun ianya cuma permainan. Kawasan permulaan (spawn) sangatlah ketinggalan (lag), tapi saya rasa benda tu perkara biasa sebab saya main pakai telefon (bukannya tablet, dan bukan komputer). Saya juga ambil tangkapan skrin setiap kali saya masuk ke pelayan baru. Saya tak jumpa kawasan lapang untuk bina rumah dan keluar dari pelayan ini.
FREE PIZZA SERVER!!
Pada hari yang sama waktu tengah hari, saya pergi ke pelayan lain yang bernama Liberty Land. Saya masih tidak jumpa kawasan untuk bina rumah saya jadi saya pergi ke pelayan yang lain.
Liberty Land
Pada hari yang sama waktu malam, saya pergi ke pelayan yang lain. Saya lupa nama pelayan ketiga yang saya pergi sebab tangkapan skrin yang saya ambil tiada nama pelayan, tetapi saya rasa ianya Cash's World sebab ada huruf C dan A dekat bangunan dalam tangkapan skrin itu, dan cuma nama pelayan itu saja yang bermula dengan huruf C dan A dalam senarai kegemaran saya sekarang. Ada sekolah di situ yang bertulis "SJK(C)Minecraft School" berhampiran dengan tempat permulaan, maksudnya ada orang Malaysia lain yang pernah datang ke pelayan ini. Seperti diketahui ramai, SJK(C) itu singkatan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan hanya wujud di Malaysia. Saya tak rasa ada negara lain yang ada SJK(C), paling tidak dengan singkatan SJK(C) itu. Saya pun belajar di SJK(C) dulu dan anda boleh baca tentangnya dari halaman maklumat pendidikan saya nanti. Di situ pun saya tak jumpa kawasan lapang jadi saya pergi ke pelayan yang lain. (Edit: Memang betul Cash's World. Saya dah lawat lagi sekali.)
Cash's World
Pada 18 November 2016 sekitar 3 pagi, saya pergi ke pelayan yang terbaik yang masih saya setia sampai sekarang. Ianya adalah IhrFussel's Server. Ketinggalan di pelayan ini kurang daripada tiga pelayan yang lain, dan selepas bergerak sekitar bangunan permulaan, saya jumpa kawasan yang belum dilindungi dan klaim kawasan itu untuk bina rumah saya. Fussel sendiri pun tolong saya semasa saya membina rumah saya di situ, rumah yang saya bina di IhrFussel's Server juga adalah rumah pertama yang saya bina dalam Minetest pemain campuran secara keseluruhannya, sebab saya tak jumpa kawasan untuk bina langsung dalam tiga pelayan yang sebelum ini. Saya ingat lagi ada pemain yang tersekat dalam dinding rumah saya (tak tahu macam mana boleh tersekat) dan saya ingat ianya glic (glitch) dan ingatkan dia cuma berjalan depan rumah saya, kemudian moderator bernama Jesslyna datang untuk bebaskannya daripada dinding itu. Saya rasa bersalah pula sebab tak tolong dia.
IhrFussel's Server - dalam rumah saya!

Pada 25 November 2016, saya mendapat posisi Helper iaitu pembantu dalam IhrFussel's Server. Sebenarnya, ianya moderator percubaan. Moderator yang ada pada waktu itu adalah AbJe, unicamerally, jujujl, PsychoDragon, Calussi, Jesslyna dan Silph manakala pembantu Helper yang ada adalah Zurul, anny, chantal123, LMNP, noorleila dan saya, muhdnurhidayat. Pada 7 Disember 2016, saya menjadi moderator untuk IhrFussel's Server bersama-sama LMNP. Saya tahu tarikh-tarikh ini sebab saya tangkap skrin, dan tangkapan skrin ini semua disimpan degan tarikh dan masa ditulis sebagai nama fail. Kemudian, saya menulis lebih banyak cerita tentang pelayan dalam artikel yang berasingan. Saya pindahkan artikel ke laman web baru yang anda baca sekarang di mt.mnh48.com daripada laman web utama di ms.mnh48.com kerana kandungan tentang Minetest semakin banyak.
    Beberapa pautan cepat ke beberapa kategori artikel:
  1. SEMUA ARTIKEL - Baca semua artikel dalam bahasa Melayu
  2. Projek Saya - tentang mods dan terjemahan yang saya tulis
  3. Rekomendasi Mods - tentang mods yang saya pakai dan syorkan
  4. Pemain Perseorangan - menunjukkan dunia pemain perseorangan saya
  5. Pengenalan Semua Pelayan - tentang pelayan yang saya main
    (Ini hanya ada 1 artikel untuk setiap pelayan, untuk memperkenalkan mereka)
  6. Server IhrFussel (kecuali pengenalan bandar)
  7. Server IhrFussel - Pengenalan Bandar
  8. Server Basic-Plus VanessaE
  9. Xanadu
  10. HOMETOWN